pengikut aku

Tuesday, January 27, 2009

Idea Oh Idea

Bosannya....
Dr td tenung laptop ni tp lgsg xde idea nak tulis apa
Igt nak tukar template tp xleh download pulak
Ntah bila la nak elok laptop ni
Nak kena hantar format balik yg malas 2
Mst sume bende hilang nnt
Bila jln2 kat blog org lain cam best je tgok
Aku ada 1 blog yg paling aku suka skali
Blog Monkey D Luffy
Mmg bnyk idea dia ni
Ada je bende yg dia nak cerita
Kadang2 aku pun pelik camne dia leh dpt bnyk idea cam2
Harap2 aku pun leh jd cam dia
Wat captain leh x ajar aku camne nak cari idea

Monday, January 26, 2009

1st Time Sakit Utk Tahun 2009

Assalamualaikum....

Pg td aku bgun awal utk berjoging,tp tibe2 aku terasa kepala aku lain mcm.Rasa berat sgt,tengkuk pulak rasa sengal2.Aku pikir mgkin kerana aku x cukup tido atau tersalah tido

Aku gagahkan jugak utk pergi berjoging.Semasa aku hendak mandi,aku rasa airnya sejuk sgt,akhirnya aku hanya membasuh muka dan memberus gigi sahaja dan bila pulang dr berjoging nnt baru aku mandi

Hari ini aku berjaya berlari hingga ke puncak,walaupun hari ni cuti umum tp masih lg ramai org disini.Aku duduk sekejap smbil menghilangkan penat dan tgok henset ada 1 mesej.Aku pikir,nak reply ke x?Hmm... Xpela,mgkin tgh bz skrg ni

Dlm perjalanan pulang aku dh rasa pening sgt sehingga aku berhenti dlm beberapa kali,dan sesudak ok aku smbg semula perjalanan aku.Smpai saje di rumah aku terus menuju ke bilik air,kali ni aku x kira yg air sejuk ke x aku tetap akan mandi.

Kemudian aku mengambil 2 biji panadol,x lama lps 2 terus aku tertido.Dlm kul 1 lebih aku dikejutkan dgn bunyi azan,oleh kerana dh beransur kurang aku pun bgun utk menunaikan solat zohor.Kemudian aku baring semula dan merasakan demam aku dh bertambah teruk semula,oleh kerana dh x tertahan aku pun pergi ke klinik.Nasib baik klinik x terlalu jauh dgn rumah aku,mmg aku rela telan panadol je.

Lg pun aku takut kalo2 aku dijangkiti demam denggi atau chikungunya,sbb dh pernah ada kes di tmpt aku.Di klinik aku terpaksa tggu dlm setengah jam baru aku boleh berjumpa dgn doktor,x sgka lak time cuti2 ni pun ramai org yg sakit.Selepas diperiksa,aku terpaksa tggu dlm 1 jam utk mgetahui keputusan ujian darah.Bila keputusan keluar aku berasa lega sbb aku hanya la demam biasa sahaja.

Aku pun pulang kerumah utk berehat,ubat yg diberi doktor td aku cmpk saje ke katil.Aku baring smbil memikirkan,apa yg telah menyebabkan aku boleh demam.Aku x pernah main hujan,atau bolehkah demam ini berjangkit melalui sentuhan sbb ada kawan aku yg demam jugak.Puas aku pikir sehingga sakit kepala aku.

Akhirnya,semasa aku menulis n3 ini aku telah pun mendapat jwpnnya.Aku rasa aku demam sbb aku...RINDU dkt seseorg.X sgka lak leh smpai jd camni. Hahaha....

p/s: Jgn risau ye,sy ok2 je....

Sunday, January 25, 2009

1 Hari Dgn Bz Yg Dibuat-buat

Dlm beberapa hari ni mood aku btl2 down
Bnyk perkara yg bersarang dlm kepala otak aku ni
Hari2 duk terperap dlm bilik je
Tp hari ni aku dh wat keputusan xnak pikir lg bende2 2 sume

Hari ni aku bgun kul 7 a.m.
Plan hari ni aku nak g joging kat Bukut Jugra
Dh lama x joging kat sana
Aku smpai sana dlm kul 8 a.m.
Aku igt nak joging ke puncak Bukit Jugra
Tp stamina aku mmg btl2 dh xde
Aku dpt smpai separuh perjalanan je

Lps joging aku sggh ke pasar minggu
Igt nak jln2 la kejap
Tgok apa2 yg patut
pas2 aku jmpa sorg kwn lama aku
Terus aku stay kat situ smpai tghari
Nasib baik dia blnja mkn

Pas2 aku pulang ke rumah
Lps aku mandi aku duduk termenung dlam bilik
Puas aku pikir apa yg aku nak wat lg ni
Akhirnya aku wat keputusan nak decorition bilik aku
Pukul 4 akhirnya siap keje aku

Lps 2 aku kuar sbb aku igt nak g training taekwando
Dh lama aku x training,dlm 2 tahun
Sebok ngan keje je
Smpai tmpt 2 aku jmpa la member2 yg lama dh aku x jmpa
Masing2 dh berubah
Ada yg dh kawin pun

Habis training kul 6:30
Dh lama x wat abis sakit2 1 bdn
Tp nnt dh biasa ok la...
Mata dh ngantuk tp masih xleh nak tido
Igt nak tido kul 8 td
Tp smpai skrg dh kul 11 masih xleh nak tido
Bdn lenguh2,kaki ngan tangan sume sakit
Nak wat n3 pun xde idea
Dh la,kalo xleh tido pun aku pejam je la mata ni

Assalamualaikum...

1 Hari Yang Sunyi

Assalamualaikum....

Hmm...
Sunyi sgt2
Walaupun baru 1 hari x dgr khabar berita
Dh rasa rindu sgt2
Walaupun sy dh puas membzkan diri sy ni
Sy masih x dpt nak membendungkan rasa rindu ni
Tp sy faham
Esok ada hari penting
So mst bz giler2 la

p/s: Nak bgtau yg sy sehat je,arini sy mkn bnyk,bnyk bende yg sy wat arini.

Friday, January 23, 2009

Masalah Oh Masalah

Org ckp xde masalah yg xleh di selesaikan
Sume masalah ada penyelesaiannya
Mula2 aku x brape nak setuju
Kalo betul sume masalah boleh di selesaikan
Xkan la ada kes bunuh diri
Tp mgkn org bunuh diri itu imannya x brape nak kuat atau dia ada penyakit mental yg kronik
So aku kembali berfikir semula

Seperti dlm kes aku
Walaupun ini masalah org lain
Tp oleh kerana darah daging sendiri
Dh menjadi masalah aku juga
Ini disbbkn mereka telah meminta pertolongan aku
Oleh kerana aku boleh membantu
Aku pun menolong sekadar yg mampu

Sekarang masalah mereka dh selesai
Tp masalah baru yg timbul
Dan sekarang masalah itu adalah masalah aku pula
Aku x tahu nak minta tolong sesiapa
Walaupun aku minta pertolongan pada mereka yg telah aku bantu
Aku tahu mereka pun x berupaya menolong apa2

Sekarang aku dah tahu
Mmg betul setiap masalah ada penyelesaiannya
Tp setiap masalah yg diselesaikan
Pasti akan menimbulkan masalah baru
Ini bermakna kita mmg tidak boleh lari dr masalah
Cuma kita kena pandai dan tabah untuk menangani masalah itu

Adakah Aku Seorang Hero Kampung

4:13 a.m.

Aku terjaga dr tido ku,ini sume disbbkan beberapa ekor nyamuk yg telah menghisap darah aku tanpa memnta keizinan dr aku.Aku pun tanpa berlengah terus mengambil penyembur nyamuk dan menyembur seluruh bilik aku,dan aku juga telah memasang ubat nyamuk sbgai langkah b'jaga-jaga.

Sesudah itu aku memadam lampu dan baring semula dan berharap boleh tido semula.Aku pandang kiri dan kanan,gelap.Aku pejamkan mata tp tidak juga aku terlelap,aku mengambil keputusan untuk menonton tv.Aku membuka siaran animal planet kerana berharap cerita yg bosan dpt membuatkan aku tertido.

Tiba2 aku terasa lapar yg amat sgt.Baru aku terigt yg aku tidak menjamah nasi lg mlm td,hanya sebungkus meggi yg membuatkan aku terlupa seketika tentang nasi.Dgn kemalasan tahap maksima,aku bgun juga utk kedapur.Aku membuka tudung saji dan melihat masih lg ada lauk lebihan malam td,aku tidak tahu sama ada lauk itu masih elok atau tidak sbb aku mmg tidak pandai dlm hal ini,melainkan jika sudah bercendawan.Aku merasanya sedikit,masih sedap.So maknanya elok lg la 2.

Sedang aku membasuh tangan,aku terdgr suara2 yg sungguh kecoh di belakang rumah aku.Aku membuka pintu dan ternampak anak jiran aku bersama beberapa org lg.

"knape bang?" aku bertanya

"ada pencuri" balas beliau

"dia mencuri kat mana?"

"dia mencuri duit masjid?"

Tiba2 salah seorg di situ ternmpk pencuri itu berlari menuju kearah sungai. (belakang umah aku ada sungai) Diorg terus mengejar,aku dgn tidak berbaju dan hanya berseluar pendek pun turut mengejar sama.Pencuri itu terus memasuki kawasan hutan pokok nipah,kami tahu pencuri itu pasti akan menuju ke kilang yg bersebelahan hutan itu.

Maka aku dan beberapa org pergi ke kawasan belakang kilang itu utk mengepung pencuri itu,dan ternyata sangkaan kami tepat.Kami ternampak pencuri itu sedang duduk sambil menyorok,kami cuba menghampiri beliau tp kehadiran kami telah diketahui.Pencuri itu terus melarikan diri dan kami pun mengejarnya.Oleh kerana aku yg paling kurus skali disitu,maka aku la yg lari paling laju skali.Sbnrnya aku pun x sangka aku boleh lari sebegitu laju.

Akhirnya aku berjaya menarik baju pencuri itu,tetapi beliau pula telah menyiku aku lalu terkena hidung aku.Aku terlepas baju itu dan pencuri itu terjatuh,hidung aku berdarah dan pencuri itu cuba melarikan diri lg.Aku yg sedang panas hati ditambah pula sakit di hidung mengejar pencuri itu dan mengenakan satu flying kick padu dan juga marabahaya di belakang pencuri itu,pencuri itu jatuh tersungkur.Selepas itu aku mengenakan satu lagi tendangan di muka beliau untuk balasan atas perbuatan beliau terhadap hidung aku.

Kemudian org2 yg bersama aku td datang utk menyambung membelasah pencuri itu,aku pula hanya duduk di tepi sambil melihat dan menghilangkan penat.Selepas itu pencuri itu pun dibawa ke balai polis,aku tidak ikut sbb aku dh terlalu penat dan lapar.Aku pun pulang ke rumah dan menyambung utk makan.Skrg dah pukul 5 lebih,sebentar lg azan subuh.Aku rasa baik aku tggu je.

Keluarga aku sume x tahu pasal ni dan aku xkan bgtau,biat diorg tahu dr mulut org lain.Kalo aku yg cerita mungkin diorg xkan percaya.Kamu sume percaya atau tidak dgn cerita aku ini?Percaya atau x terpulang la,tp aku xkan bgun pepagi buta ini hanya utk menulis cerita bohong semata-mata....

Assalamualaikum...

Thursday, January 22, 2009

Kepulangan Yang Tak Direstui

Hari ni aku telah pulang ke rumah setelah 4 hari aku duduk di umah makcik aku di Jengka (jengka brape aku xtau) Pahang.Walaupun pada mulanya aku plan utk duduk sana dlm seminggu dua,aku terpaksa memendekkan percutian aku.Ini adalah disbbkn ada 'seseorg' yg x sabar2 nak suruh aku pulang,takut sgt aku duduk sana terus.Kata2 dia yg telah menyebabkan aku terus membuat keputusan utk pulang 'Mula2 2, 3 ari. Pas2 sampai 31. Pas2 nk jge kambing plak. Duk jela sane. Kan best'.Yg pasal jage kambing 2,pakcik aku mntk tolong aku tgok2kn kandang lembu ngan kambing dia.Pas2 keuntungan leg di bg 50/50. Tp aku xnak bkn sbb org 2,tp aku takut lembu ngan kambing 2 x tahan di bwh jagaan aku. Kalo mati nnt masak aku nak ganti nnt,x pandai la bab2 ni...

Aku gerak dr umah makcik aku lps mkn tghari,dlm kul 12 lebih cam2.Dr Jengka aku telah di hntr ke Temerloh oleh sedara aku dan telah membeli tiket bas ke Seremban.Dr Seremban aku mengambil KTM terus ke KL Sentral,sebelum aku g ke Klang aku mencari makanan dulu di KL Sentral.Aku tau aku akan lapar sbb 2 aku beli tiket ke KL Sentral dulu.Lps mkn baru aku smbg perjalanan aku ke Klang.Aku smpai di Klang dlm pukul 5 lebih.Lps 2 tggu bas utk ke rumah aku plak.Perjalanan aku mengambil masa 6 jam lebih.Mengantuk,penat,sakit badan,mmg aku dh x tahan lg.

Smpai di rumah aku dh tau apa yg akn jd pada aku,semasa aku turun dr bas aku nmpk ibunda aku sedang duduk di luar rumah smbil mengambil angin.Aku hanya memandang dia smbil tersenyum tp aku tahu,dia xkan membalas senyuman aku 2.Mimik muka dia telah berubah sepenuhnya,dan soalan2 yg terus di ajukan pada aku 'nape blk harini,ckp duk sana seminggu',tp aku hanya mendiamkn diri.Lps 2 soalan yg paling aku takut skali,dh sehat betul? (Sbnrnya aku g ke Pahang utk berubat).Aku pun beri la jwpn yg aku tau leh membunuh aku,'dh ok skit'.Bila je ibunda aku dgr jwpn yg ringkas tp padat 2,aku terus diberi bebelan yg membuatkan aku diam sebillion bahasa.

Sbnrnya smpai skrg ibunda aku membebel lg tp aku mengambil langkah drastik utk duduk memerap dlm bilik,walaupun skrg ni aku merasa haus dan sedikit lapar tp aku tahan sbb hati mak aku masih panas lg aku rasa.Tp esok ok la 2...I know la my ibunda camne...

Friday, January 16, 2009

Tenangkan Diri

Assalamualaikum...

Esok aku nak bertolak g pahang

Duk umah makcik aku
Dh lama aku x g sana
Ada la dlm 7 tahun
Aku g sana pun sbb nak release tension
So xtau la brape lama aku kat sana
Harap2 x la lama sgt
Tp biar aku dh btl2 ok dulu baru aku blk
Blog ni pulak x dpt nak update sbb aku x bwk laptop aku ni
Tp sekembalinya aku dr pertapaan aku ini
Aku akan start blk blog aku ni


Mggu dpn juga dh smbt tahun baru cina
So aku nak ucapkan la Selamat Tahun Baru Cina
Semoga tahun ni bawak tuah la pada korg sume

Pada sayang
Walaupun kita baru x jmpa 2 mggu
Tp sy dh rasa rindu sgt2
So kalo leh rajin2 la mesej ye
Sy slalu tggu

Assalamualaikum...

Wednesday, January 14, 2009

Sampai Bila???


Sampai bila?
Sampai bila aku nak camni?
Asik xde mood je
Bila xde mood sume bende xnak buat
Asik nak marah je
Minggu dpn kalo xde papehal nak blk Pahang
Duduk sana dlm seminggu
Nak tenangkan otak jap
Nak g berubat
Bnyk sgt masalah agaknya
Blog ni pun igt nak stop jap
Bila dh ok nnt aku start la blk blog ni
_________________________________________

Assalamualaikum...

Monday, January 12, 2009

Boikot

Assalamualaikum....

Skrg ni di mana2 sebok org cerita pasal betapa kejamnya Israel di bumi Palestin,setiap hari berpuluh-puluh org yg mati terkena bedilan peluru dan bom.Skrg ni org2 kita lak sebok kempen utk memboikot barangan drpd sekutu Israel iaitu Amerika.

Tp sbnrnya aku x brape nak setuju bab nak memboikot-boikot ni,sbb bg aku x guna kalo kita wat cam2.Bkn la aku sokong apa yg Israel tgh wat skrg ni,sape yg x kesian kalo tgok hari2 citer org mati je kat tv ngan paper.Tp bila dipikirkan blk sia2 je kita wat cam2...

Walaupun kita kat sini sebok2 memboikot itu ini diorg kat sana tetap jugak kena serang,igt bila buat cam2 diorg nak brenti serta merta ke?Jgn mimpi la...,diorg wat xtau je....Tp ok la...,ada gak la inisiatif kita untuk wat sesuatu untuk membantu...Kiranya boleh la meruntuhkan ekonomi Amerika 2 kan...(agaknya la)

Tp cuba korg pikir la,apa lak akibatnya pada org2 kita.Mcm KFC,Mcd,Pizza Hut dan yg seangkatan dgnnya,sapa yg keje kat situ?Org2 kita gak kan...Bknnya org putih 2 yg keje kat sini,kalo diorg yg keje kat sini lain citer la kan tp ini org2 kita.Anak2 bangsa kita sendiri.Bila kita wat cam2 dan KALAU betul SEMUA org Malaysia ni wat cam2 la kan,mst bisnes diorg lingkup la kan.Bankrup la sng citer...Ok,cuba korg kira kat Malaysia ni,ada brapa bnyk restoran mknn segera KFC,Mcd dan yg seangkatan dgnnya?Ada brape ratus ntah aku pun x tau,bila diorg tutup maka terpaksa la org2 kita yg bekerja disitu mencari kerja yg baru.Korg igt skrg ni sng ke nak dpt keje,lg2 time zaman gawat ni.Aku taula sbb aku pun tgh menganggur skrg ni,susah siot nak dpt keje.Secara x langsung kita akan mempertingkatkan peratus pengangguran di negara kita ini,x ke naya namanya 2.Yg kat palestin sana tetap kena serang gak,tp org2 kita lak yg merana.Bnyk lg jenama2 dr Amerika tp diproses disini,andai kata sume kilang 2 ditutup org2 kita gak nnt yg xde keje.

Apa kata la kan,mana2 negara yg mcm x puas hati ngan Amerika atau palestin 2.Korg bergabung tenaga pas2 g la serang Amerika 2,mana2 negara yg ada nuklier 2 cuba bg sebiji kat Amerika 2 mcm yg diorg pernah wat kat Hiroshima 2.Biar dia snyp skit.Aku tgok negara lain pun xde wat pape,takat bg bantuan makanan je.Kira ok la 2 tp smpai bila?Org kita kat sini pun kadang2 ada gak x mkn.Tiap2 minggu kuar kat Bersamamu.Jgn lak smpai BERUK DI HUTAN DI SUSUKAN.ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN (skali berperibahasa lak aku).

Td aku dgr kat berita ,ada org kat parlimen bg cadangan supaya gaji2 pekerja swasta dan kerajaan dipotong sedikit gaji untuk didermakan kepada Palestin.Aku x ingat la org 2 dr dun mana,dia ingat gaji kita ni bnyk sgt ke? 7 keturunan pun mkn x habis,bg cadangan ntah pape ntah.Ingat kita ni mcm diorg ke,gaji pun suma dr duit rakyat jugak.Apa kata potong separuh gaji perdana menteri dan menteri2 yg ada kat Malaysia ni pas2 bg la kat sana.Kita ni bknnya kaya sgt,cukup2 mkn je.

Bkn la aku xnak bantu rakyat Palestin ni tp aku xtau camne.Kalo la aku ni ada kuasa macam Goku,ada robot macam Gundam.Dh lama dh aku settlekan si Israel ngan Amerika 2...20 hrbln ni Obama akan amik alih pemerintahan dr Bush,kita tgok la apa yg dia leh wat nnt.Harap2 keadaan akan berubah,tp kalau sama je aku akan berusaha untuk mencipta satu robot gundam untuk menolong org2 Palestin.Doakan kejayaan aku..

Thursday, January 8, 2009

Kisah Penjual Tempe

ASSALAMUALAIKUM. ..
Bagus kisah nih,bacalah.
Sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allas swt..amin
Semoga menjadi iktibar
Kisah penjual tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat.Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup.Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi,seperti biasa,ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain,ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih,dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan
perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil.Lalu diapun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang
soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya.Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya.Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe.Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa,sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu.Apakah yang terjadi?Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi,sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi?Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya.Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe,tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya.Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu pun bercerita "anak saya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,saya kenalah membeli tempe yang belum menjadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna.Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap".Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan
apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang
dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai
dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..

Wednesday, January 7, 2009

Frenz 4 Ever


Kata mak,
KAWAN tu ibarat LEBAH,
habis madu sepah dibuang.......

Kata abah,
KAWAN tu umpama BUNGA ROS,
dipandang cantik dipegang sakit.....

Kata atuk,
KAWAN tu seperti AIR,
terus mengalir.....

Kata nenek,
KAWAN tu BAK BULAN
dipuja dan disanjung tp nun jauh disana....

Kate sedare,
KAWAN tu mcm MAKANAN,
KAWAN makan KAWAN!!

Kata abang,
KAWAN tu seperti LEMBU
mengikut saje ape dikata........

Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam DURIAN
bau je busuk tp sedap dimakan....

Kata adik,
KAWAN tu macam BISKUT
sekejap ade sekejap takde.......

Kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN
&
MACAM
BISKUT!!!
Dia tetap KAWAN...
Tau tak sebab ape???
Sekali aku dah KAWAN ngan dia
Selamanye dia ttp KAWAN aku...
Itu cara aku berKAWAN..!!

Walaupun kita mempunyai kekasih,
tapi teman tetap paling setia.

Walaupun kita punyai harta yg banyak,
teman tetap paling berharga.

FRENZ IZ 4EVER...

Tuesday, January 6, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Ini la pic yg aku amik masa g genting ari2
Aku g bln 11 tp baru skrg nak citer
Sbb aku dh xde idea nak citer apa
Aku g sana naik bas
Gerak dr kl sentral kul 1
Smpai sana kul 2 lebih


Ni pic masa kat dlm skyway
Time ni ada hujan renyai2
Aku dh rasa malas dh sbb kalo hujan mst xleh nak main pape

Nasib baik bila smpai kat atas x hujan
Tp kabus dia punya la tebal
Sejuk dia jgn ckp la

Ni la permainan yg paling mencabar aku rasa
Dkt setengah jam aku beratur sbb nak naik benda ni
Padahal kita naik bende 2 x sampai 5 minit
Mmg mguji kesabaran btl la
Sbnrnya sume permainan aku main
Tp aku tunjuk yg ni je sbb bg aku ini yg paling mencabar skali

Hotel First world
Tp aku x tido kat situ pun...
Aku blk hari
Saje je aku nak tunjuk pic hotel ni

Tmpt yg slalu org dtg pas2 amik gmbr
Kononnya kat london la 2...
Tp bila kat sana x rasa cam kat london pun

Real la diorg wat mercun 2
Padahal pakai lampu je
Tp lampu cam2 bnyk kat tepi jln kat KL 2...
Cuma yg ni tergantung kan
So nmpk lg real la

Ni pic masa kat dlm First World
Time ni dh mlm dh
Pas2 hujan lak
Sbb 2 aku lepak kat dlm lak

Ni la pic last kitorg sebelum kitorg nak turun
Kitorg turun dr sana kul 10
Aku bertiga je g sana
Aku yg berdiri kat belakang skali 2
Saje je aku xnak tunjuk muka

Bln 2 ni kitorg nak g lg
So,jom kita beramai-ramai g sana
Insyaallah kita leh jmpa kat sana
Tempah tiket ngan hotel skrg


 


mylife-aku.blogspot.com © 2008. Design by: Pocket Downloaded from Blogger Templates