pengikut aku

Thursday, February 5, 2009

Menyesalnya Aku... Kenapa???

Harini aku ada satu urusan di suatu tmpt di KL,aku pergi menaikki komuter.Sepatutnya aku kena smpai di sana sebelum pukul 1,tp oleh sbbkn aku dh terlewat keluar rumah so aku jd kelam kabut skit.

Dr rumah,aku menaikki bas ke stesen komuter Klang,dan dr situ terus ke KL.Dr bus stand Klang ke stesen komuter tu agak jauh jugak la,kiranya kalo jln laju tu leh semput gak la kalo x cukup stamina.Oleh kerana aku merasakan aku dh lambat,aku pun berjalan dgn lajunya tp tidak berlari.Masa tu dh pukul 11:30 dan perjalanan dr Klang ke KL Sentral dlm 1 jam,kemudian dr KL Sentral ke tmpt 2 dlm 15 atau 20 minit.

Semasa aku tgh berjalan tu,tiba2 aku ditahan oleh seorg kakak yg bg aku tidak terlalu tua tp sudah mempunyai anak.Kakak tu manahan aku sbb hendak meminta pertolongan drpd aku,dia hendak meminta duit tambang utk ke Banting.Mgkn dia tidak cukup duit.Tanpa ckp bnyk aku terus memberinya 10 ringgit,aku harap cukup sbb aku xtau harga tambang tu atau boleh juga mengurangkan beban akk tu skit.

Hmm...Baik sgt aku ni kan,anak sapa la ni?Korg percaya x?Sbnrnya aku berharap sgt yg perkara tu jd yg mcm aku citerkan,sbb bende ni tak berlaku yg mcm aku citerkan ni.Ada 1 part tu aku dh ubah skit sbb nak biar sedap skit utk dibaca.Sbnrnya citer dia indah khabar dr rupa.Kisah dia camni...

Masa aku tgh berjalan tu,kakak ni tibe2 je menahan aku,mula2 aku igt dia nak bertanyakan tempat.Rupa2nya dia nak meminta duit utk membuat duit tambang ke Banting.Aku tgok akk tu xde la mcm org susah tp mgkn dia x bawa cukup duit kot.Aku yg tgh gelabah ni tanpa berfikir terus ckp 'xde la kak'.Lps tu aku terus berlalu menuju ke stesen komuter.

Smpai je aku terus membeli tiket dan duduk menunggu ketibaan tren yg akan tiba pada pukul 11:41.Semasa aku sedang duduk tu,tiba2 aku terfikir,'Nape la aku x bg akk tu duit skit td' Padahal dlm wallet aku ada 30 ringgit masa tu.Kalo ikutkan duit tu mmg cukup2 saja utk menanggung kos perjalanan aku hari ini tp apa lah salahnya kalo aku bg dia skit.Walaupun masa tu aku x bawa 1 pun kad ATM aku sbb aku takut kalo kena seluk mmg putih mata aku,tp aku masih ada lg kad debit yg dlmnya ada dlm 20 ringgit.Bila terdesak nnt aku masih boleh keluarkan duit tu.Tp kenapa aku x buat camtu.

Sepanjang aku tggu tren tu puas aku fikir,nape la aku buat camtu.Mmg kesian ngan akk tu,dia mmg dh terdesak sgt.Dr dlm tren hingga la aku sampai ke tempat yg dituju,aku asik terigtkan akk tu.Masa aku nak g makan pun aku masih lg berfikir,teruk ke aku ni sbb wat cam2.Aku btl2 rasa menyesal sgt,sehinggakan dlm perjalanan pulang pun aku masih lg terigtkan akk tu.

Kenapa aku buat camtu?Apa yg dlm kepala otak aku masa tu?Aku pun x dpt nak jawab suma soalan tu.Apa yg aku leh buat skrg cuma merasa menyesal dan bertanyakan pada diri sendiri,kenapa kenapa kenapa.......................................?

AKU MENGAKU AKU MEMANG SEORANG YANG TERUK

Apa Yang Kamu Lakukan Itu,Iqbal?

Suatu ketika, cendekiawan dan ulama terkenal, Dr. Muhammad Iqbal (1877-1938) pernah menceritakan suatu peristiwa yg amat berkesan di hatinya. Cerita cendekiawan yang berasal dari pakistan itu berkisar tentang dirinya, ayahnya dan al-Quran. Kata Iqbal...

"Saya biasa membaca al-Quran selepas solat Subuh, dan ayah selalu mengawasi sy.Bkn saja mengawasi sy, malah ayah juga bertanya,'apa yg kamu lakukan itu ,Iqbal?',padahal sudah jelas ayah tahu sy sedang mengaji al-Quran,'sy sedang mengaji al-Quran,ayah'.

"Pertanyaan itu ayah ulang setiap pg,setiap subuh,selama 3 tahun penuh.Jwpn yg sy berikan juga sama,setiap pg,selepas subuh,selama 3 tahun penuh,bahawa sy sedang mengaji al-Quran.

"Suatu hari sy beranikan diri bertanya kepada ayah.'Mengapa ayah selalu menanyakan soalan yg sama,padahal jwpn sy juga sama?'Jawab ayah,'Nak,bacalah al-Quran itu seolah-olah diturunkan langsung untukmu.'

"Barulah sy faham mengapa setiap subuh,ayah akan bertanyakan soalan tersebut.Sejak saat itu,sy sentiasa membayangkan seolah-olah al-Quran itu diturunkan utk diri sy.

"Sy tidak saja membaca,tetapi juga cuba utk mengerti.Bkn saja cuba mengerti,malah juga cuba utk memahami.Tidak setakat memahami,sy cuba mengamalkannya,malah cuba utk menyampaikan kembali isi al-Quran itu seperti yg sy fahami."

Maka hari itu kita mengenang Muhammad Iqbal sebagai salah seorg tokoh besar Islam,yg bukan sahaja memahami dan mengamalkan isi al-Quran,malah berusaha menyampaikannya seluas dan sebaik yg boleh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Hmm.... Kalo la aku mcm dia...

(artikel sumbangan Mastika)

Tuesday, February 3, 2009

Menternak Cacing


Aku skrg dlm perancangan utk menceburi bidang penternakkan cacing.Ini suma adalah idea drpd sayang aku jugak,aku x pernah terpikir pun nak ternak cacing ni.Tp bila aku tgok ramai org yg ckp cacing ni boleh wat duit,aku mcm tertarik pulak.

Skrg ni aku tgh cari maklumat pasal cacing ni,tp yg payah skali nak igt nama cacing.Bnyk sgt jenis dia.Nak kira modal utk starting lg.Tp aku rasa baik wat secara kecil2lan dulu,1 kilogram cacing dlm RM500.Mkn dia x susah nak cr,sayur layu pun leh jugak.Aku rasa bujet dia x la tggi sgt.

Nak jaga pun x susah,tempat dia kena la kedap udara dan permukaan tanah dia kena disembur ngan air dlm 2 kali sehari supaya sentiasa lembap.Ini utk mengelakkn cacing itu kepanasan.bela dlm besen pun boleh jugak.Tp ini utk permulaan je,kalo nak wat besar2an kena wat kan almari dia,lg bgs kalo ada rumah khas diorg sendiri.

Tp aku dgr bila kita jual blk cacing 2 harga dia akan turun skit,tp 2 kalo kita jual melalui org tgh.So kalo nak blk modal kena la kita sendiri cr pembeli.14 hrbln ni ada kursus utk penternakkn cacing kat Bandar Sungai Emas banting,insyaallah kalo xde papehal aku akan pergi.

So sayang,sy leh wat bisnes cacing ni tp sayang kena la tolong sy skali.kita dh janji kan nak wat bende ni sama2.So kalo leh tolong pergi skali kursus 2,x pun g la mana2 kursus yg ada.Xkan sy sorg je kot...

Resepi Kek Batik


Hari ni aku nak buang tebiat skit,aku nak ajar cam mane wat kek batik.Aku minat gak la ngan kek ni tp xleh mkn bnyk2 sbb nnt cpt muak.Ok,ini adalah bahan dan cara-cara utk membuatnya.

Bahan-bahan :

  1. 1 buku butter cup
  2. 1 cawan Milo
  3. 1 cawan koko
  4. 1 tin susu
  5. 6 biji telur
  1. ½ cawan air
  2. 500gm biskut marie (dipatah-patahkan)

Cara-caranya :

Patah²kan biskut marie ke dalam 1 mangkuk besar.

Masukkan butter ke dalam periuk atau kuali yang telah dipanaskan. Biar sehingga butter tu habis mencair. Kemudian masukkan milo dan sedikit gula. Kacau sehingga sebati. Jangan biarkan campuran butter dan milo tu membeku atau bergumpal ye. Pastuh, masukkan koko, telur yang telah dikacau dan 1/2 cawan air tadi ke dalam kuali tersebut.

Kendian, masukkan susu pekat tu. Bila dah tengok campuran coklat tu dah mendidih dan takde yang bergumpal, korang boleh la tutup api tu. Last skali, masukkan biskut marrie yang dah dipatahkan tu ke dalam kuali tu. Kacau gaulkan dan masukkan dalam loyang kemudiannya. Mampatkan semampat²nya kat dalam loyang tu.

Lepas korang dah mampatkan, masukkan dalam peti sejuk korang. Lepas sejam dua bolehlah korang melantak kek batik tu.

Owh ye,lupa nak ckp.Andai kata la rumah korg xde susu pekat kan,jgn lak korg pandai2 masukkan santan pulak.Rajin2 kan la diri 2 utk ke kedai.Bukan x boleh tp jgn lupa masukkan gula sbb nnt kek 2 xde rasa manis.Pernah terjadi kes ni... Huhuhu....

Hmm...Harini ada org bg aku kek batik yg dia buat,cam sayang nak mkn sbb x pernah lg org buat kek utk aku.Tp kalo x mkn lg membazir so baik aku habiskan je...Hahaha...

p/s: Utk org yg dh susah payah wat kan sy kek ni,terima kasih sgt2.Td lupa nak ckp.Psl kek 2 akk sy x komen pape pun,sy je yg tokok tambah.Dia rasa sikit je pas2 dia ckp ok la,ada la rasa kek batik 2.Tp sbb dia mkn yg bnyk coklat.Tp anak2 buah sy suka,diorg yg paling bnyk mkn skali.Len kali nak lg ye.

Monday, February 2, 2009

Under 18 Punya Story


Masa aku form 2 aku ada terjumpa 1 komik ni,tajuk dia Under 18.cerita dia pasal budak2 sekolah yg nakal dan asik nak bergaduh je.Dan komik ni jugak la yg bg aku inspirasi utk menjadi taiko dan dikenali ramai kat skolah.Aku igt lg masa 2 aku seorg yg skema jugak la,rambut sikat tepi,baju berlengan panjang,seluar sampai perut,tali leher x pernah nak tggl.Langkah pertama yg aku buat adalah belajar taekwando,bila dh ada seni pertahanan diri baru la rasa selamat skit.

Masuk sahaja form 3 aku mula berubah,rambut dh makin tegak,seluar pun dh londeh sampai bawah perut,pakai tali leher x sekemas dulu,pakai kasut adidas yg ada line hitam.Sejak dr 2 kalo ada saja pergaduhan aku mst terbabit sama,walaupun bkn masalah aku tp aku saja2 je nak masuk campur.Lg pun nak tolong member punya pasal.

Masa form 4 aku ramai yg mula knl aku,lg pun aku mmg glamour 1 sekolah.Sapa yg x knl ngan pakar taekwando ni,bnyk kejohanan yg aku menang.Aku pun gunakan nama aku utk meluaskan empayar aku.Aku selalu bergaduh dgn senior2 form 5,kadang2 sbb yg remeh temeh je tp nak tunjuk kuat punya pasal aku peduli apa.Kadang2 aku tlg mana2 anak buah aku yg kena kaco ngan budak2 senior ni.

Bila form 5 sekolah 2 aku yg punya,tp aku masih lg dipegang oleh guru disiplin aku.Walaupun aku selalu bergaduh,lum pernah lg aku ditangkap oleh cikgu atau pihak sekolah.Sbb bila nak bergaduh je mst kitorg akan pergi ke luar kawasan sekolah,dgn cara ni nama baik aku xkan tercemar.Lg pun masa form 5 aku bnyk bergaduh dgn budak2 sekolah lain.

Tp aku x dpt kekalkan nama baik aku,ini disbbkan satu kes pergaduhan antara budak kelab taekwando dgn kelab silat.Aku rasa 2 la pergaduhan yg paling gempar skali.Mula2 igt nak 1 by 1,last2 sume bdk kelab masuk skali.Kitorg suma dipanggil guru disiplin,kena la sebat sorg 1.Yg paling teruk skali aku la sbb guru disiplin 2 adalah guru utk kelab taekwando gak.disebbkan ni jugak la rekod kelakuan aku menjadi sederhana.

Tp kalo korg nak tau,walaupun perangai aku cam2.Tp bila time blajar aku blajar tau.Aku x pernah ponteng kelas atau sekolah.Aku pun hormat kat cikgu2 aku (tp x sume la),sbb 2 jugak la cikgu aku x mengesyaki apa2.

Moral of the story,walaupun korg nak jd apa pun jgn la korg lupakan pelajaran.Walaupun korg nak jd gengster skalipun,jd la gengster yg berpengetahuan dan bijak

Assalamualaikum...

Sunday, February 1, 2009

Nasihat Yang Paling Bodoh

Kali ni aku nak bg langkah2 apa yg patut korg buat kalo korg jatuh di khalayak ramai.Tp kalo aku sumpah aku xkan buat sume ni tp xtau la korg.

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Amacam?Ada berani ke nak try?

Along

Dh lama x update,bkn bz tp xde idea lgsg.Kali ni aku nak citer pasal masalah yg pernah melanda family aku.Asik nak citer yg baik2 je,bosan lak aku.

Pg td aku menonton rancangan Ac Disini dan antara artis jemputannya ialah Wan Nor Azlin,dh kalo Wan Nor Azlin artisnya tentu la berkisarkan along sbb dia je yg tgh hangat ngan kes 2.Mmg bnyk masalah yg dia dpt walaupun suami dia yg meminjam tp oleh kerana suami dia dh menghilangkan diri,dh tentu la dia yg kena tanggungjawab.Org mana la yg dh bg pinjam pas2 nak lupakan je duit dia 2 cam2 je,lg2 kalo bnyk smpai beribu-ribu.

Kalo korg nak tau,dlm keluarga kitorg pun ada gak kes yg melibatkan along ni.Masa 2 aku form 4,abg aku yg sulung dan kitorg pggl dia along ada wat pinjam kat along tp kitorg sekeluarga xtau dia nak wat apa ngan duit 2.bgs la 2,along pnjm duit kat along.Kitorg xtau pun dia pinjam duit 2 dan berapa dia pinjam.Abg aku dah berkawin dan kami suma duduk 1 rumah.

Kami hanya tau bila satu hari ada 3 org yg dtg ke rumah dan mencari abg aku 2,mula2 kitorg igt itu kwn2 dia tp bila dh selalu org 2 dtg ke rumah aku pun tanya kat org 2 kenapa selalu cari abg aku sbb masa 2 mmg abg aku dh lama x blk ke rumah.Org 2 pun ckp la yg abg aku dh pinjam duit kat bos org 2,berapa bnyk aku dh lupa tp ada la dlm 2 3 ribu.Mlm 2 aku terus bgtau kat ibunda dan adik-beradik aku yg lain.

Kitorg mmg dh xtau nak wat apa dh,org yg meminjamnya dh lama x blk rumah.Yg ada hanya isteri dia yg x bekerja,apa yg dia leh buat?Mlm 2 jugak kitorg adik beradik keluar cari abg kitorg 2,kitorg tau dia xkan g jauh punya.Lg pun masa 2 dia x bekerja,bila dh xde duit jauh mana lg dia leh g.Akhirnya,dgn bantuan kawan2 abg aku kitorg pun jumpa dia kat salah satu tempat dia selalu melepak.Abg aku yg no 2 x ckp bnyk,terus je tarik dia masuk dlm kereta.

Smpai kat rumah mmh kecoh la,ibunda dan ayahanda aku dh bising2 dah.Bini along aku 2 lak dh menangis2 mcm apa dh,menyampah lak aku menengoknya.Aku mmg dh lama menyampah ngan kakak ipar aku 2,selalu gak la aku bergaduh ngan dia dan selalu gak la aku kena marah ngan ibunda aku sbb kurang ajar.Kalo nak tau aku pggl kakak ipar aku 2 dugong sbb dh la x bekerja,kerja rumah pun bkn nak tau buat.Asik baring membesarkan bdn je.

Blk semula pada citer abg aku ni.Kitorg tnya pada dia camna dia nak settlekan hutang2 dia 2?Dia senyap je,sampai abg aku yg no 2 la hangin.Siap bergaduh la,sampai ibunda aku dh menjerit-jerit suruh berhenti.Mula2 kitorg igt nak wat xtau je,biar dia selesaikan sendiri masalah ni.Tp bila dipikirkan blk bila nak selesai masalah ni,dia pun x bekerja so nak bayar camne?Kitorg xnak nnt along 2 wat bende yg bkn2 pulak kat kitorg.

Akhirnya kitorg adik beradik wat keputusan utk kongsi2 duit utk byr sume hutang2 2.Mulanya mmg aku xnak tolong,tp ibunda aku dh paksa2.Dia ckp sape lg yg nak tolong kalo bkn keluarga sendiri.Mmg la btl tp masalah 2 dia yg cari sendiri,settlekan la sendiri.Tp nak xnak aku kena tolong jugak sbb xnak ibunda aku bermasam muka ngan aku nnt.Abg ngan kakak aku keluarkan sikit duit simpanan dia,dh la kakak aku nak kawin time 2.Aku lak kena kuarkan suma duit biasiswa yg aku ada,dh la aku x pernah lgsg gunakan duit 2.Tp apa pilihan yg aku ada?Lg pun masa 2 aku masih bersekolah so ibunda aku pikir bknnya aku nak guna sgt duit 2.

Masalah along 2 pun dh selesai,abg aku yg sulung dan keluarganya lak dh disuruh keluar rumah oleh abg aku yg no 2 2.Bkn la buang keluarga cuma xnak apa2 masalah yg dia buat pasni babitkan kitorg skali.Kalo korg nak tau ada lg masalah yg dia wat dan modus operandi masalah 2 pun lebih kurang je cuma x la terlalu serius tp lain kali aku citer.

p/s: Bila pikirkan blk kalo along 2 wat apa2 pun bkn salah dia,dia cuma nak duit dia blk.Lg pun diorg ada slogan diorg sendiri 'Pinjam Senyum,Bayar Pun Mesti mau Senyum'
 


mylife-aku.blogspot.com © 2008. Design by: Pocket Downloaded from Blogger Templates