pengikut aku

Saturday, May 1, 2010

PENGUMUMAN

ini adalah utk memberitahu yg sy telah pun berpindah ke blog baru. dan blog ini akan sy biarkan saja tanpa khabar berita ye. klik disini utk ke blog seterusnya

Tuesday, November 17, 2009

Sepintas Lalu

Bnyak yg dh berlaku sejak kebelakangan ini,perkara yg sering mengganggu fikiran aku. Betul ke apa yg buat? Mgkn betul pada aku dan tidak pada org lain,dan mungkin jugak sebaliknya. Ntah la,apa yg harus aku buat? Hmm... Wat masa skrg elok aku diamkan saje sume benda ni.

Monday, November 2, 2009

Salam..

Dh lama x bukak blog ni. X tau nak tulis apa sbnrnya,saje nak jalan2. Sepatutnya n3 yg kat bawah ni n3 terakhir aku tp bila aku tgok je blog ni tergerak lak nak tulis apa2 yg patut. Igt nak terus menulis blog ni,tp aku x boleh... Mgkn aku akan menulis kat blog yg baru. Nnt akan aku tunjukkan..

Wednesday, May 6, 2009

Ini Bukan Sayang,Ini Bukan 10words,Ini Bukan Aku.Ini Zulkarnain

Hmm...
Dh lama x tgok blog org yg tersayang,bnyk benda yg dh berubah dan bnyk jugak benda yg aku x tahu.Layout dia dh tukar,nama pun dh tukar jugak.Yg paling aku x tahu 'budak' 2 pun dah contact dia blk.Nape aku x diberitahu ha?Patut ke aku rasa cemburu?Xpela,aku dh malas nak pikir.Kalo dia nak bg tau mst dia dh wat cam2.Rasanya aku x perlu tahu 2 sume,itu hal dia ngan 'budak' 2.

Dh lama x update blog ni,bkn xde masa tp xde line internet.Broadband dh kena block,biasala x byr bil.Skrg ni aku dh start byr skit2,nasib baik leh wat cam2.Ni pun aku g cc,saje je nak on9.Blog aku masih lg cam dulu gak,aku malas nak tukar pape.Semenjak keje ni aku rasa malas sgt,nak wat pape mst kena pikir 2 3 kali dulu.Blk keje aku pikir nak tido je,mkn pun aku malas.Tp kalo x mkn ada lak yg marah,aku jugak yg kena.

Dh la,ngan blog ni pun aku dh bosan dh.Mgkn ini n3 aku yg terakhir,mgkn aku akan delete blog ni atau biar kan je.Tgok la mggu dpn camne.Kepada kwn2 blog aku sume,tima kasih sbb sudi menjadi kawan aku walaupun aku jarang2 sgt update blog ni.Terima kasih sume...:-)
------------------------------------------------------------------------------------------------

*kalo aku ada tersalah tulis kat blog ni dan ada sapa2 yg terasa aku minta maaf
*sayang,org minta maaf ye kalo ada salah silap org kat sayang

Assalamualaikum sume,babai....

Monday, March 23, 2009

X Keje Susah Nak Keje Pun Susah

Smlm aku pergi bank maybank smlm nak wat akaun.Aku dpt keje kat KFC,so aku kena la siap kan sume benda2 yg dia nak.Akaun maybank,photostate ic,pic saiz pasport.Nak di jd kan cerita,tiba2 cip ic aku rosak pulak rosak...So x dapat la aku nak wat akaun bank 2.Kakak bank tu pulak ajar aku,dia suruh aku g JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) dan mintak diorg print kan butir2 peribadi aku.

Petang 2 jugak aku pergi JPN sbb aku mmg nak cepat selesaikan suma tu.Smpai je kat situ aku tnya la ,boleh x kalo aku nak butir2 peribadi aku tu?Diorg ckp kalo cip rosak diorg xleh wat pape sbb sume butir tu ada dlm ic tu.Diorg mmg x smpn ke butir2 peribadi kita kat komputer diorg,kan dh menyusahkn namanya tu.Dh la ic skrg ni cepat sgt rosak,aku baru tukar bulan 7 tahun lepas,dh nak kena wat baru.Kalo buat kat tempat aku,kena tggu 3 mggu so aku kena amik kat putrajaya sbb nak cepat.

Skrg ni Aku kat cyberjaya sbb aku dr putrajaya ni,lepak sini jap pastu pinjam laptop kwn aku.On9 jap,meluahkan rasa x puas hati kat blog ni.

K la,nak citer ni je,bye..

Assalamualaikum sume

Tuesday, March 17, 2009

Setelah Lama Menghilang

Assalamualaikum...

Dh lama x wat n3 baru,xde idea sbnrnya
Lg pun dh lama x tgok blog ni,tgok2 dh ada kawan baru
Terima kasih pada key sbb walaupun dh lama blog ni x update,ada gak yg sudi nak follow
Sbnrnya xde bende nak citer pun,saje je nak merepek kat sini
Aku xde citer baru,masih lg menganggur duk umah menyusahkan org.Hahaha...
Hmm... Apa lg nak ckp ye? Serius aku ckp,aku mmg tgh kering idea ni.
Smpai sini je la,len kali aku citer la pape kalo aku ada benda nak kongsi

(wat sayang,org saaaaaaaayang sayang sgt2)

Bye...
Assalamualaikum

Thursday, February 5, 2009

Menyesalnya Aku... Kenapa???

Harini aku ada satu urusan di suatu tmpt di KL,aku pergi menaikki komuter.Sepatutnya aku kena smpai di sana sebelum pukul 1,tp oleh sbbkn aku dh terlewat keluar rumah so aku jd kelam kabut skit.

Dr rumah,aku menaikki bas ke stesen komuter Klang,dan dr situ terus ke KL.Dr bus stand Klang ke stesen komuter tu agak jauh jugak la,kiranya kalo jln laju tu leh semput gak la kalo x cukup stamina.Oleh kerana aku merasakan aku dh lambat,aku pun berjalan dgn lajunya tp tidak berlari.Masa tu dh pukul 11:30 dan perjalanan dr Klang ke KL Sentral dlm 1 jam,kemudian dr KL Sentral ke tmpt 2 dlm 15 atau 20 minit.

Semasa aku tgh berjalan tu,tiba2 aku ditahan oleh seorg kakak yg bg aku tidak terlalu tua tp sudah mempunyai anak.Kakak tu manahan aku sbb hendak meminta pertolongan drpd aku,dia hendak meminta duit tambang utk ke Banting.Mgkn dia tidak cukup duit.Tanpa ckp bnyk aku terus memberinya 10 ringgit,aku harap cukup sbb aku xtau harga tambang tu atau boleh juga mengurangkan beban akk tu skit.

Hmm...Baik sgt aku ni kan,anak sapa la ni?Korg percaya x?Sbnrnya aku berharap sgt yg perkara tu jd yg mcm aku citerkan,sbb bende ni tak berlaku yg mcm aku citerkan ni.Ada 1 part tu aku dh ubah skit sbb nak biar sedap skit utk dibaca.Sbnrnya citer dia indah khabar dr rupa.Kisah dia camni...

Masa aku tgh berjalan tu,kakak ni tibe2 je menahan aku,mula2 aku igt dia nak bertanyakan tempat.Rupa2nya dia nak meminta duit utk membuat duit tambang ke Banting.Aku tgok akk tu xde la mcm org susah tp mgkn dia x bawa cukup duit kot.Aku yg tgh gelabah ni tanpa berfikir terus ckp 'xde la kak'.Lps tu aku terus berlalu menuju ke stesen komuter.

Smpai je aku terus membeli tiket dan duduk menunggu ketibaan tren yg akan tiba pada pukul 11:41.Semasa aku sedang duduk tu,tiba2 aku terfikir,'Nape la aku x bg akk tu duit skit td' Padahal dlm wallet aku ada 30 ringgit masa tu.Kalo ikutkan duit tu mmg cukup2 saja utk menanggung kos perjalanan aku hari ini tp apa lah salahnya kalo aku bg dia skit.Walaupun masa tu aku x bawa 1 pun kad ATM aku sbb aku takut kalo kena seluk mmg putih mata aku,tp aku masih ada lg kad debit yg dlmnya ada dlm 20 ringgit.Bila terdesak nnt aku masih boleh keluarkan duit tu.Tp kenapa aku x buat camtu.

Sepanjang aku tggu tren tu puas aku fikir,nape la aku buat camtu.Mmg kesian ngan akk tu,dia mmg dh terdesak sgt.Dr dlm tren hingga la aku sampai ke tempat yg dituju,aku asik terigtkan akk tu.Masa aku nak g makan pun aku masih lg berfikir,teruk ke aku ni sbb wat cam2.Aku btl2 rasa menyesal sgt,sehinggakan dlm perjalanan pulang pun aku masih lg terigtkan akk tu.

Kenapa aku buat camtu?Apa yg dlm kepala otak aku masa tu?Aku pun x dpt nak jawab suma soalan tu.Apa yg aku leh buat skrg cuma merasa menyesal dan bertanyakan pada diri sendiri,kenapa kenapa kenapa.......................................?

AKU MENGAKU AKU MEMANG SEORANG YANG TERUK

Apa Yang Kamu Lakukan Itu,Iqbal?

Suatu ketika, cendekiawan dan ulama terkenal, Dr. Muhammad Iqbal (1877-1938) pernah menceritakan suatu peristiwa yg amat berkesan di hatinya. Cerita cendekiawan yang berasal dari pakistan itu berkisar tentang dirinya, ayahnya dan al-Quran. Kata Iqbal...

"Saya biasa membaca al-Quran selepas solat Subuh, dan ayah selalu mengawasi sy.Bkn saja mengawasi sy, malah ayah juga bertanya,'apa yg kamu lakukan itu ,Iqbal?',padahal sudah jelas ayah tahu sy sedang mengaji al-Quran,'sy sedang mengaji al-Quran,ayah'.

"Pertanyaan itu ayah ulang setiap pg,setiap subuh,selama 3 tahun penuh.Jwpn yg sy berikan juga sama,setiap pg,selepas subuh,selama 3 tahun penuh,bahawa sy sedang mengaji al-Quran.

"Suatu hari sy beranikan diri bertanya kepada ayah.'Mengapa ayah selalu menanyakan soalan yg sama,padahal jwpn sy juga sama?'Jawab ayah,'Nak,bacalah al-Quran itu seolah-olah diturunkan langsung untukmu.'

"Barulah sy faham mengapa setiap subuh,ayah akan bertanyakan soalan tersebut.Sejak saat itu,sy sentiasa membayangkan seolah-olah al-Quran itu diturunkan utk diri sy.

"Sy tidak saja membaca,tetapi juga cuba utk mengerti.Bkn saja cuba mengerti,malah juga cuba utk memahami.Tidak setakat memahami,sy cuba mengamalkannya,malah cuba utk menyampaikan kembali isi al-Quran itu seperti yg sy fahami."

Maka hari itu kita mengenang Muhammad Iqbal sebagai salah seorg tokoh besar Islam,yg bukan sahaja memahami dan mengamalkan isi al-Quran,malah berusaha menyampaikannya seluas dan sebaik yg boleh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Hmm.... Kalo la aku mcm dia...

(artikel sumbangan Mastika)

Tuesday, February 3, 2009

Menternak Cacing


Aku skrg dlm perancangan utk menceburi bidang penternakkan cacing.Ini suma adalah idea drpd sayang aku jugak,aku x pernah terpikir pun nak ternak cacing ni.Tp bila aku tgok ramai org yg ckp cacing ni boleh wat duit,aku mcm tertarik pulak.

Skrg ni aku tgh cari maklumat pasal cacing ni,tp yg payah skali nak igt nama cacing.Bnyk sgt jenis dia.Nak kira modal utk starting lg.Tp aku rasa baik wat secara kecil2lan dulu,1 kilogram cacing dlm RM500.Mkn dia x susah nak cr,sayur layu pun leh jugak.Aku rasa bujet dia x la tggi sgt.

Nak jaga pun x susah,tempat dia kena la kedap udara dan permukaan tanah dia kena disembur ngan air dlm 2 kali sehari supaya sentiasa lembap.Ini utk mengelakkn cacing itu kepanasan.bela dlm besen pun boleh jugak.Tp ini utk permulaan je,kalo nak wat besar2an kena wat kan almari dia,lg bgs kalo ada rumah khas diorg sendiri.

Tp aku dgr bila kita jual blk cacing 2 harga dia akan turun skit,tp 2 kalo kita jual melalui org tgh.So kalo nak blk modal kena la kita sendiri cr pembeli.14 hrbln ni ada kursus utk penternakkn cacing kat Bandar Sungai Emas banting,insyaallah kalo xde papehal aku akan pergi.

So sayang,sy leh wat bisnes cacing ni tp sayang kena la tolong sy skali.kita dh janji kan nak wat bende ni sama2.So kalo leh tolong pergi skali kursus 2,x pun g la mana2 kursus yg ada.Xkan sy sorg je kot...

Resepi Kek Batik


Hari ni aku nak buang tebiat skit,aku nak ajar cam mane wat kek batik.Aku minat gak la ngan kek ni tp xleh mkn bnyk2 sbb nnt cpt muak.Ok,ini adalah bahan dan cara-cara utk membuatnya.

Bahan-bahan :

  1. 1 buku butter cup
  2. 1 cawan Milo
  3. 1 cawan koko
  4. 1 tin susu
  5. 6 biji telur
  1. ½ cawan air
  2. 500gm biskut marie (dipatah-patahkan)

Cara-caranya :

Patah²kan biskut marie ke dalam 1 mangkuk besar.

Masukkan butter ke dalam periuk atau kuali yang telah dipanaskan. Biar sehingga butter tu habis mencair. Kemudian masukkan milo dan sedikit gula. Kacau sehingga sebati. Jangan biarkan campuran butter dan milo tu membeku atau bergumpal ye. Pastuh, masukkan koko, telur yang telah dikacau dan 1/2 cawan air tadi ke dalam kuali tersebut.

Kendian, masukkan susu pekat tu. Bila dah tengok campuran coklat tu dah mendidih dan takde yang bergumpal, korang boleh la tutup api tu. Last skali, masukkan biskut marrie yang dah dipatahkan tu ke dalam kuali tu. Kacau gaulkan dan masukkan dalam loyang kemudiannya. Mampatkan semampat²nya kat dalam loyang tu.

Lepas korang dah mampatkan, masukkan dalam peti sejuk korang. Lepas sejam dua bolehlah korang melantak kek batik tu.

Owh ye,lupa nak ckp.Andai kata la rumah korg xde susu pekat kan,jgn lak korg pandai2 masukkan santan pulak.Rajin2 kan la diri 2 utk ke kedai.Bukan x boleh tp jgn lupa masukkan gula sbb nnt kek 2 xde rasa manis.Pernah terjadi kes ni... Huhuhu....

Hmm...Harini ada org bg aku kek batik yg dia buat,cam sayang nak mkn sbb x pernah lg org buat kek utk aku.Tp kalo x mkn lg membazir so baik aku habiskan je...Hahaha...

p/s: Utk org yg dh susah payah wat kan sy kek ni,terima kasih sgt2.Td lupa nak ckp.Psl kek 2 akk sy x komen pape pun,sy je yg tokok tambah.Dia rasa sikit je pas2 dia ckp ok la,ada la rasa kek batik 2.Tp sbb dia mkn yg bnyk coklat.Tp anak2 buah sy suka,diorg yg paling bnyk mkn skali.Len kali nak lg ye.
 


mylife-aku.blogspot.com © 2008. Design by: Pocket Downloaded from Blogger Templates