pengikut aku

Friday, January 23, 2009

Adakah Aku Seorang Hero Kampung

4:13 a.m.

Aku terjaga dr tido ku,ini sume disbbkan beberapa ekor nyamuk yg telah menghisap darah aku tanpa memnta keizinan dr aku.Aku pun tanpa berlengah terus mengambil penyembur nyamuk dan menyembur seluruh bilik aku,dan aku juga telah memasang ubat nyamuk sbgai langkah b'jaga-jaga.

Sesudah itu aku memadam lampu dan baring semula dan berharap boleh tido semula.Aku pandang kiri dan kanan,gelap.Aku pejamkan mata tp tidak juga aku terlelap,aku mengambil keputusan untuk menonton tv.Aku membuka siaran animal planet kerana berharap cerita yg bosan dpt membuatkan aku tertido.

Tiba2 aku terasa lapar yg amat sgt.Baru aku terigt yg aku tidak menjamah nasi lg mlm td,hanya sebungkus meggi yg membuatkan aku terlupa seketika tentang nasi.Dgn kemalasan tahap maksima,aku bgun juga utk kedapur.Aku membuka tudung saji dan melihat masih lg ada lauk lebihan malam td,aku tidak tahu sama ada lauk itu masih elok atau tidak sbb aku mmg tidak pandai dlm hal ini,melainkan jika sudah bercendawan.Aku merasanya sedikit,masih sedap.So maknanya elok lg la 2.

Sedang aku membasuh tangan,aku terdgr suara2 yg sungguh kecoh di belakang rumah aku.Aku membuka pintu dan ternampak anak jiran aku bersama beberapa org lg.

"knape bang?" aku bertanya

"ada pencuri" balas beliau

"dia mencuri kat mana?"

"dia mencuri duit masjid?"

Tiba2 salah seorg di situ ternmpk pencuri itu berlari menuju kearah sungai. (belakang umah aku ada sungai) Diorg terus mengejar,aku dgn tidak berbaju dan hanya berseluar pendek pun turut mengejar sama.Pencuri itu terus memasuki kawasan hutan pokok nipah,kami tahu pencuri itu pasti akan menuju ke kilang yg bersebelahan hutan itu.

Maka aku dan beberapa org pergi ke kawasan belakang kilang itu utk mengepung pencuri itu,dan ternyata sangkaan kami tepat.Kami ternampak pencuri itu sedang duduk sambil menyorok,kami cuba menghampiri beliau tp kehadiran kami telah diketahui.Pencuri itu terus melarikan diri dan kami pun mengejarnya.Oleh kerana aku yg paling kurus skali disitu,maka aku la yg lari paling laju skali.Sbnrnya aku pun x sangka aku boleh lari sebegitu laju.

Akhirnya aku berjaya menarik baju pencuri itu,tetapi beliau pula telah menyiku aku lalu terkena hidung aku.Aku terlepas baju itu dan pencuri itu terjatuh,hidung aku berdarah dan pencuri itu cuba melarikan diri lg.Aku yg sedang panas hati ditambah pula sakit di hidung mengejar pencuri itu dan mengenakan satu flying kick padu dan juga marabahaya di belakang pencuri itu,pencuri itu jatuh tersungkur.Selepas itu aku mengenakan satu lagi tendangan di muka beliau untuk balasan atas perbuatan beliau terhadap hidung aku.

Kemudian org2 yg bersama aku td datang utk menyambung membelasah pencuri itu,aku pula hanya duduk di tepi sambil melihat dan menghilangkan penat.Selepas itu pencuri itu pun dibawa ke balai polis,aku tidak ikut sbb aku dh terlalu penat dan lapar.Aku pun pulang ke rumah dan menyambung utk makan.Skrg dah pukul 5 lebih,sebentar lg azan subuh.Aku rasa baik aku tggu je.

Keluarga aku sume x tahu pasal ni dan aku xkan bgtau,biat diorg tahu dr mulut org lain.Kalo aku yg cerita mungkin diorg xkan percaya.Kamu sume percaya atau tidak dgn cerita aku ini?Percaya atau x terpulang la,tp aku xkan bgun pepagi buta ini hanya utk menulis cerita bohong semata-mata....

Assalamualaikum...

1 kata-kata perangsang:

Kapten Luffy said...

wah... hebat sungguh hero kita ni

 


mylife-aku.blogspot.com © 2008. Design by: Pocket Downloaded from Blogger Templates