pengikut aku

Monday, January 26, 2009

1st Time Sakit Utk Tahun 2009

Assalamualaikum....

Pg td aku bgun awal utk berjoging,tp tibe2 aku terasa kepala aku lain mcm.Rasa berat sgt,tengkuk pulak rasa sengal2.Aku pikir mgkin kerana aku x cukup tido atau tersalah tido

Aku gagahkan jugak utk pergi berjoging.Semasa aku hendak mandi,aku rasa airnya sejuk sgt,akhirnya aku hanya membasuh muka dan memberus gigi sahaja dan bila pulang dr berjoging nnt baru aku mandi

Hari ini aku berjaya berlari hingga ke puncak,walaupun hari ni cuti umum tp masih lg ramai org disini.Aku duduk sekejap smbil menghilangkan penat dan tgok henset ada 1 mesej.Aku pikir,nak reply ke x?Hmm... Xpela,mgkin tgh bz skrg ni

Dlm perjalanan pulang aku dh rasa pening sgt sehingga aku berhenti dlm beberapa kali,dan sesudak ok aku smbg semula perjalanan aku.Smpai saje di rumah aku terus menuju ke bilik air,kali ni aku x kira yg air sejuk ke x aku tetap akan mandi.

Kemudian aku mengambil 2 biji panadol,x lama lps 2 terus aku tertido.Dlm kul 1 lebih aku dikejutkan dgn bunyi azan,oleh kerana dh beransur kurang aku pun bgun utk menunaikan solat zohor.Kemudian aku baring semula dan merasakan demam aku dh bertambah teruk semula,oleh kerana dh x tertahan aku pun pergi ke klinik.Nasib baik klinik x terlalu jauh dgn rumah aku,mmg aku rela telan panadol je.

Lg pun aku takut kalo2 aku dijangkiti demam denggi atau chikungunya,sbb dh pernah ada kes di tmpt aku.Di klinik aku terpaksa tggu dlm setengah jam baru aku boleh berjumpa dgn doktor,x sgka lak time cuti2 ni pun ramai org yg sakit.Selepas diperiksa,aku terpaksa tggu dlm 1 jam utk mgetahui keputusan ujian darah.Bila keputusan keluar aku berasa lega sbb aku hanya la demam biasa sahaja.

Aku pun pulang kerumah utk berehat,ubat yg diberi doktor td aku cmpk saje ke katil.Aku baring smbil memikirkan,apa yg telah menyebabkan aku boleh demam.Aku x pernah main hujan,atau bolehkah demam ini berjangkit melalui sentuhan sbb ada kawan aku yg demam jugak.Puas aku pikir sehingga sakit kepala aku.

Akhirnya,semasa aku menulis n3 ini aku telah pun mendapat jwpnnya.Aku rasa aku demam sbb aku...RINDU dkt seseorg.X sgka lak leh smpai jd camni. Hahaha....

p/s: Jgn risau ye,sy ok2 je....

1 kata-kata perangsang:

Kapten Luffy said...

hehehe... demam percintaan memang payah nak sembuh... kena jumpa ler

 


mylife-aku.blogspot.com © 2008. Design by: Pocket Downloaded from Blogger Templates