pengikut aku

Monday, January 12, 2009

Boikot

Assalamualaikum....

Skrg ni di mana2 sebok org cerita pasal betapa kejamnya Israel di bumi Palestin,setiap hari berpuluh-puluh org yg mati terkena bedilan peluru dan bom.Skrg ni org2 kita lak sebok kempen utk memboikot barangan drpd sekutu Israel iaitu Amerika.

Tp sbnrnya aku x brape nak setuju bab nak memboikot-boikot ni,sbb bg aku x guna kalo kita wat cam2.Bkn la aku sokong apa yg Israel tgh wat skrg ni,sape yg x kesian kalo tgok hari2 citer org mati je kat tv ngan paper.Tp bila dipikirkan blk sia2 je kita wat cam2...

Walaupun kita kat sini sebok2 memboikot itu ini diorg kat sana tetap jugak kena serang,igt bila buat cam2 diorg nak brenti serta merta ke?Jgn mimpi la...,diorg wat xtau je....Tp ok la...,ada gak la inisiatif kita untuk wat sesuatu untuk membantu...Kiranya boleh la meruntuhkan ekonomi Amerika 2 kan...(agaknya la)

Tp cuba korg pikir la,apa lak akibatnya pada org2 kita.Mcm KFC,Mcd,Pizza Hut dan yg seangkatan dgnnya,sapa yg keje kat situ?Org2 kita gak kan...Bknnya org putih 2 yg keje kat sini,kalo diorg yg keje kat sini lain citer la kan tp ini org2 kita.Anak2 bangsa kita sendiri.Bila kita wat cam2 dan KALAU betul SEMUA org Malaysia ni wat cam2 la kan,mst bisnes diorg lingkup la kan.Bankrup la sng citer...Ok,cuba korg kira kat Malaysia ni,ada brapa bnyk restoran mknn segera KFC,Mcd dan yg seangkatan dgnnya?Ada brape ratus ntah aku pun x tau,bila diorg tutup maka terpaksa la org2 kita yg bekerja disitu mencari kerja yg baru.Korg igt skrg ni sng ke nak dpt keje,lg2 time zaman gawat ni.Aku taula sbb aku pun tgh menganggur skrg ni,susah siot nak dpt keje.Secara x langsung kita akan mempertingkatkan peratus pengangguran di negara kita ini,x ke naya namanya 2.Yg kat palestin sana tetap kena serang gak,tp org2 kita lak yg merana.Bnyk lg jenama2 dr Amerika tp diproses disini,andai kata sume kilang 2 ditutup org2 kita gak nnt yg xde keje.

Apa kata la kan,mana2 negara yg mcm x puas hati ngan Amerika atau palestin 2.Korg bergabung tenaga pas2 g la serang Amerika 2,mana2 negara yg ada nuklier 2 cuba bg sebiji kat Amerika 2 mcm yg diorg pernah wat kat Hiroshima 2.Biar dia snyp skit.Aku tgok negara lain pun xde wat pape,takat bg bantuan makanan je.Kira ok la 2 tp smpai bila?Org kita kat sini pun kadang2 ada gak x mkn.Tiap2 minggu kuar kat Bersamamu.Jgn lak smpai BERUK DI HUTAN DI SUSUKAN.ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN (skali berperibahasa lak aku).

Td aku dgr kat berita ,ada org kat parlimen bg cadangan supaya gaji2 pekerja swasta dan kerajaan dipotong sedikit gaji untuk didermakan kepada Palestin.Aku x ingat la org 2 dr dun mana,dia ingat gaji kita ni bnyk sgt ke? 7 keturunan pun mkn x habis,bg cadangan ntah pape ntah.Ingat kita ni mcm diorg ke,gaji pun suma dr duit rakyat jugak.Apa kata potong separuh gaji perdana menteri dan menteri2 yg ada kat Malaysia ni pas2 bg la kat sana.Kita ni bknnya kaya sgt,cukup2 mkn je.

Bkn la aku xnak bantu rakyat Palestin ni tp aku xtau camne.Kalo la aku ni ada kuasa macam Goku,ada robot macam Gundam.Dh lama dh aku settlekan si Israel ngan Amerika 2...20 hrbln ni Obama akan amik alih pemerintahan dr Bush,kita tgok la apa yg dia leh wat nnt.Harap2 keadaan akan berubah,tp kalau sama je aku akan berusaha untuk mencipta satu robot gundam untuk menolong org2 Palestin.Doakan kejayaan aku..

1 kata-kata perangsang:

mudasfreakz said...

mari kita sama2 berdoa untuk rakyat palestin...amin

 


mylife-aku.blogspot.com © 2008. Design by: Pocket Downloaded from Blogger Templates