pengikut aku

Thursday, February 5, 2009

Apa Yang Kamu Lakukan Itu,Iqbal?

Suatu ketika, cendekiawan dan ulama terkenal, Dr. Muhammad Iqbal (1877-1938) pernah menceritakan suatu peristiwa yg amat berkesan di hatinya. Cerita cendekiawan yang berasal dari pakistan itu berkisar tentang dirinya, ayahnya dan al-Quran. Kata Iqbal...

"Saya biasa membaca al-Quran selepas solat Subuh, dan ayah selalu mengawasi sy.Bkn saja mengawasi sy, malah ayah juga bertanya,'apa yg kamu lakukan itu ,Iqbal?',padahal sudah jelas ayah tahu sy sedang mengaji al-Quran,'sy sedang mengaji al-Quran,ayah'.

"Pertanyaan itu ayah ulang setiap pg,setiap subuh,selama 3 tahun penuh.Jwpn yg sy berikan juga sama,setiap pg,selepas subuh,selama 3 tahun penuh,bahawa sy sedang mengaji al-Quran.

"Suatu hari sy beranikan diri bertanya kepada ayah.'Mengapa ayah selalu menanyakan soalan yg sama,padahal jwpn sy juga sama?'Jawab ayah,'Nak,bacalah al-Quran itu seolah-olah diturunkan langsung untukmu.'

"Barulah sy faham mengapa setiap subuh,ayah akan bertanyakan soalan tersebut.Sejak saat itu,sy sentiasa membayangkan seolah-olah al-Quran itu diturunkan utk diri sy.

"Sy tidak saja membaca,tetapi juga cuba utk mengerti.Bkn saja cuba mengerti,malah juga cuba utk memahami.Tidak setakat memahami,sy cuba mengamalkannya,malah cuba utk menyampaikan kembali isi al-Quran itu seperti yg sy fahami."

Maka hari itu kita mengenang Muhammad Iqbal sebagai salah seorg tokoh besar Islam,yg bukan sahaja memahami dan mengamalkan isi al-Quran,malah berusaha menyampaikannya seluas dan sebaik yg boleh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Hmm.... Kalo la aku mcm dia...

(artikel sumbangan Mastika)

0 kata-kata perangsang:

 


mylife-aku.blogspot.com © 2008. Design by: Pocket Downloaded from Blogger Templates