pengikut aku

Tuesday, December 30, 2008

C.I.N.T.A

"Suatu bala tentera biri-biri yang dipimpin seekor singa akan menumbangkan suatu bala tentera singa yang diketuai seekor biri-biri."


CINTA itu cahaya sanubari,

kurniaan Tuhan fitrah insani,

dan di mana terciptanya CINTA,

disitu rindu bermula…..

CINTA itu tidak pernah meminta,

tetapi memberi sepenuh rela,

rasa bahgia biarpun sengsara,

berkorban segala-gala…..

semua kerana CINTA,

yg pahit manis dirasa,

penghibur nestapa,

merawat duka,

damai dijiwa……

terpadam api benci permusuhan,

tejalin lah kasih sayang,

begitulah CINTA yang diidamkan,

tanpa nafsu yang mencemarkan…..

dan jangan pula kerana berCINTA,

kita pun leka entah kemana,

dan jangan pula kerana berCINTA,

tergadai semua maruah agama…..


Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….


Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

0 kata-kata perangsang:

 


mylife-aku.blogspot.com © 2008. Design by: Pocket Downloaded from Blogger Templates