pengikut aku

Friday, December 26, 2008

Paras Rupa

Berasa tidak beruntung pada bentuk fizikal anda adalah tidak harus difikirkan sangat kerana perasaan ini akan menjadi seperti duri dalam daging. Anda harus jujur dengan diri sendiri bahawa tidak ada suatu apapun yang sempurna di dunia ini.. Jika anda dilahirkan dengan kulit putih bersih, hidung mancung, bibir mekar dan menarik anda akan masih tidak puas hati dengan rambut anda yang kering dan tidak lebat atau gigi anda yang sedikit panjang atau jari-jari anda yang pendek.

Begitulah adanya manusia selalu saja ada rasa kekurangan dalam dirinya mungkinkah dari teguran atau gelaran rakan sebaya dari kecil? Memang benar kerana teguran dan gelaran sejak kecil lagi seperti gemuk, si ketot atau si leher panjang membuatkan seseorang teringat-ingatkan gelaran itu dan berasa bahawa gelaran itu sebagai tembok pemisah antara dia dan kejayannya.

Jika anda mengalami hal-hal yang boleh menyekat kejayaan anda, cubalah mengubah segalanya dengan kesungguhan, bukan dengan cara bedah plastik tetapi dengan cara melupakan soal kekurangan anda. Janganlah jadikan kekurangan anda sebagai titian untuk melemahkan terus semangat anda. Gunakanlah kelebihan pada diri anda untuk menutup kekurangan fizikal anda. Tonjolkan apa yang ada pada diri anda melalui ruang yang tersedia ada, daripada asyik memikirkan kekurangan diri anda yang akan melemahkan semangat anda.

Sikap anda cara anda mengeluarkan kata-kata..senyuman anda..ketabahan dan kesabaran anda boleh menjadi alat untuk menarik perhatian orang-orang dikeliling anda. Beralih dari hal-hal yang negatif dalam diri anda kepada hal-hal yang positif.

Jika anda sanggup menghargai diri anda..maka orang lain juga akan menghargai anda. Mula dari sekarang hargailah diri anda sendiri jangan tunggu orang lain menghargai anda. Jika peluang itu tidak tiba anda akan menyesal seumur hidup.

PERCAYALAH!!!

0 kata-kata perangsang:

 


mylife-aku.blogspot.com © 2008. Design by: Pocket Downloaded from Blogger Templates